Monday, October 31, 2011

Cerita Adat Dunia Kini

Dia mencari sang kekasih,
Dia dalam usaha mencari cinta,
Katanya dia sudah sepi amat, amat!
Aku kasihan.


Kini..


Dia sudah ada kekasih,
Dia dalam usaha untuk putus,
Katanya dia malas melayan, rimas!
Aku terdiam.


Sekarang..


Dia sudah putus sama kekasih,
Dia berusaha memenangi hati kekasihnya semula,
Katanya dia rindu untuk dikasih, dikisahkan, rindu!
Aku bingung.


Dunia oh dunia,
Di depan mata di sia-sia,
Di jauhan mata di minta-minta.


Apa kes?

Kau Tahu?

Kita semua pernah ada di takuk mahu meminta-minta sangat yang amat dan diminta-minta sangat yang terdalam.


Tetapi kita tidak dilayan langsung dan kita tidak melayan langsung.

Friday, August 19, 2011

Saya Si Gantung

Bodohnya aku tahu tak dimahu,
Tapi masih aku memahu-mahu,
Tak tahu malu mana ku mahu,
Terus begini memikir apa ku mahu,
Aduh, beginikah dia mahu?


Bingung.


Kawan-kawan,
Aku ini digantung tak bertali,
Masih lagi dia cintaku,
Dia masih lagi jiwaku,
Tapi persis hubungan ini bagaikan tiada erti,
Bila mananya masing-masing sendiri,
Bila manisnya telah pun pahit,
Bila dekat tapi hati rasanya jauh,
Bila jauh hatinya ahhhhhhh makin menjauh,
Bila berjumpa tanpa bicara,
Bicaranya tiada senada.



Kawan-kawan,
Sekasihan mana kamu pada aku,
Aku lagi kasihkan diri aku,
Mengharap dia kan berubah seperti dulu kala,
Dia seperti tidak mahukan aku,
Tapi dia tak mahu memutus aku,
Jadi kata putus, mana?


Cinta mampu bikin manusia bijak jadi bodoh,
Dan cerita ini aku si bodoh,
Aku pilih terus digantung sebegini,
Bodohnya cinta,
Bodohnya aku.


Jangan hina aku,
Keadaan memaksa aku menjadi bodoh.


Kita semua pernah, masih, sedang melalui saat ini,
Saat dimana cinta bukan lagi seindah mulanya,
Tetapi digagah-gagahkan kita kerna sayangkan rasa itu,
Sayangkan apa yang pernah dibina lama itu,
Sayang untuk pakai buang kan yang pernah,
Tapi sampai bila?


Berdiri di takuk lama,
Takut melepaskan kau pergi,
Takut untuk sendiri,
Takut berdiri.


Hati,
Tolonglah buang rasa ini pergi,
Dah tak larat begini.

Friday, August 5, 2011

Serikandi Akhirku

Kau tulung rusuk kananku,
Pasak tubuhku,
Cinta matiku,
Wanitaku,
Akhirku,
Segalaku.


Aku mahu memberi tingkat tinggi segala rasa yang tertinggi,
Aku mahu kau mendapat cinta selayaknya seorang hawa,
Aku mahu bila denganku kau bagai di awangan girang,
Aku mahu kau tahu aku si gila yang menggilakan si jelita,
Aku mahu kau mengecapi segala mimpi yang teridam,
Aku mahu memberi seluruh aku tiada bermadu,
Aku mahu nota-nota cintaku ini menjadi melodi jiwamu,
Aku mahu bila kau rasa dunia bagai tak indah, aku mampu jadi terindah,
Aku mahu yang tak mungkin bagimu itu jadinya pasti,
Aku mahu kamu mahu untuk mahukanku lelaki ini tuk..
Pimpinmu ke syurga bersama..


Aku bisa jadi telingamu,
Mendengar keluh dunia tak bermata,
Memberi dunia jika itu mahu kamu,
Kasih sayang tiada titik,
Sedia memberi,
Sedia untukmu,
Siap sedia sayang.


Pagi aku mahu dimula dengan kamu,
Petangku mahu diluangi dengan kamu,
Malamku mahu diakhiri dengan kamu,
Malam ke pagi ku mahu dimimpi kamu,
Terlalu memahukan kamu, bidadari.


Tiada yang mampu memberi semampu aku,
Selain.. aku.


Bukan mendabik dada berbangga diri,
Cumanya cinta sehebat romi juli ini mana bisa didapati di zaman busuk ini?
Semuanya bertalamkan nafsu semata,
Bukan kerana indahnya cinta itu sendiri,
Bukan mencinta kerana Tuhan,
Cinta mati kita.


Hai serikandiku,
Aku mahu kamu, tolong?

Benci Sampai Mati

Semua rasa kesialan yang tumbuh,

Bila ditumbuk buk buk dukamu,

Menangis menangis menangis terus pun tiada lagi guna,

Bila akhirnya air mata hapus dan tiada bantu aku,

Menambah calitan jiwa patah tah tah sejuta aku pun entah,

Tumbukan pada jiwa pun tak mampu menguatkan pasakku,

Akhirnya lama-lama karam juga bahtera ku layarkan,

Dalam kau tahu karamku?

Dalam sungguh ranapnya aku ini,

Lemas sayang, lemas benci.


Amboi,

Engkau di depan aku mentertawakan sadis hidup aku?

Jenaka benarkah cerita hidup aku?

Kesialan yang amat engkau ini,

Aku ranap sebegini pun kerana engkau,

Engkau yang merejam kasihku beri,

Engkau yang tiada timbang manusia,

Engkau tinggalku tiada permisi,

Apa jenis manusia kamu ini?

Syaitankah bekas cintaku?


Benci engkau sampai mati,

Janji aku dengan aku,

Senjata aku,

Pasakku.

Friday, June 10, 2011

Sampai

Bodohnya menekan-nekan untuk dinampak,
Padahalnya aku semut pada si gajah,
Mahu di rasa wujudnya aku di tanah ini,
Harapan menggunung mahu menjadi penting,
Mahu mata kamu ke aku.


Tapi rasa yang ku mahu itu tak pernah sampai,
Dan takkan tersampai.

Wednesday, March 9, 2011

Pesanan Tuk Gadis-Gadis Dunia

Awak orang tinggi di puncak sana,
Digemar-gemar segala manusia,
Ini untuk awak.


Kulit sawo matang mulus mu,
Kata-kata yang disusun indah,
Tutur langkah yang bagi mata ku sempurna,
Melodi suara yang mahu dirakamku jadinya dodoi malamku,
Lambaian rambut yang berkibar masyhur selembut sutera,
Pesona mata yang dicalit sunah menawan,
Lenggok gaya yang ada tahu batas lebih kurangnya,
Bikin hati ini tertawan dan tak mampu terlawan,
Awak oh awak.


Kamu gadis di liga kamu sendiri,
Biarkan apa di keji kamu oleh lambakan manusia durjana,
Yang penting di sepasang mata manusia,
Kamu tetap indah,
Kamu segala.


Cukup.

Friday, March 4, 2011

Kosong

Mengapa memulai tirai,
Bila akhirnya tahu,
Kita hati dua tiga ini,
Kan berpecah belah,
Pecah..


Hati tak bisa ditatang lagi,
Tak bisa digodai lagi,
Direlakan kau tuk ku berdarah lagi,
Sanggup..


Kau lihat aku sang ranap itu,
Dan kau tegar memperduli,
Sepertinya aku sampah terbuang,
Mana hilangnya insani?


Cari..
Kau cari..


Ku tunggu bulan datang sembah,
Ku percaya gebang karutmu,
Aku bila cinta aku kerdil,
Kecil..


Berjanji bagimu mainan mulut,
Lakunya tak seiring itu,
Manusia hilang pedoman,
Budi..


Malam hitam aku sendiri lagi,
Menggila berbicara dengan aku,
Memahamkan hati rasa aku,
Ku tunduk akur penangan kau beri aku,
Malam ini biar aku sendiri,
Beraku-aku.


Sendiri itu hebat,
Seorang kuasa,
Satu itu tinggi.


Dari ramai tapi memendam,
Dari ramai tapi berumpat,
Dari ramai tapi suaranya satu,
Dari ramai tapi jalinnya kosong.


Kosong dan tiada.

Saturday, February 19, 2011

Takkan Selama

Sebuluh mana kita kini,
Pernah suatu tika dulu,
Kita dilenturkan.


Sebesi mana kita kini,
Pernah suatu masa dulu,
Kita dicairkan.


Setumpul mana kita kini,
Pernah suatu detik dulu,
Kita diasahkan.


Selari pecut mana kita kini,
Pernah suatu hari dulu,
Kita diperlahankan.


Sekertas mana kita kini,
Pernah suatu bulan dulu,
Kita dikoyak rabakkan.


Sejinak mana kita kini,
Pernah suatu tahun dulu,
Kita didajalkan.


Segembira kuning mana kini,
Pernah suatu abad dulu,
Kita dilambung ombak.


Masa mematang kita,
Dalam urusan pilihan matang,
Memilih dan mencari,
Untuk membutuhkan terbaik itu.


Kalau terus di takuk lama,
Tak kemana kita,
Bangkit sayang.


Takkan selamanya ranap?
Takkan selamanya di awan?
Takkan selamanya?


Takkan senang kalau tiada pernah susah,
Tiada susah kalau tiada pernah senang.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, February 5, 2011

Piawaian Kamu

Semua yang dilakukan,
Tak pernah memuaskan,
Mencapai takat piawaian,
Tingginya harap manusia,
Mengharap yang besar-besar,
Kepada mampuku yang kecil-kecil,
Mengusutkan kepala otak kira kanan,
Menambah sel-sel barah otak.


Jangan malam ini aku ranap,
Seperti yang kau lihat sebelumnya,
Selamanya ranapkah yang kau mahu dari aku?


Penat ku diuji berkali,
Kau mahukan aku melompat ke bintang di langit gelap sana,
Sedang mampu aku hanya melukis bintang 5 bucu,
Meminta minta terus yang kau tahu bekas raga hati tak mampu,
Kau tahu aku ini terlalu biasa orangnya,
Kamu itu sentiasanya mahunya tinggi,
Kamu kaki pejalan dan aku rumput yang kau pijak.


Bukan payah mahu melihat aku bertukar abu,
Kamu tahu kamu bisa meninggal bekas,
Jangan pulang kerana paksa atau kerana aku,
Kamu fikir kamu ini siapa?


Aku penat berlumus,
Biar aku berlari-lari dalam taman aku,
Jangan kembali langsung,
Biar aku rasa konsert keamanan sendiri,
Tolong.

Friday, January 28, 2011

Tarikh Luput

Akan adakah lagi yang pernah itu,
Akan adakah lagi yang terlewatkan itu.


Aku si nostalgia bermaharajalela kamu,
Veteren usang di hati kamu,
Kupasan kisahan silam kamu,
Aku si lama kamu.


Kalau boleh pada titik saat ini,
Nama aku kau tak mahu ingat lagi,
Senyum aku tak mahu kau pegang lagi,
Mata aku tak mahu kau kelip lagi,
Helaian rambut ini tak mahu kau belai lagi,
Jejari ini tak mahu kau sentuh lagi.


Kau tak mahu aku lagi,
Aku tiada erti.


Aku ini dah tak mampu memberi apa yang dulu ku mampu,
Aku bukan lagi manusia saat naik saat turun,
Aku sudah sampai tarikh akhir penggunaannya,
Aku ini sudah luput dari penggunaan kamu,
Aku sudah sampai takat mana muka ini kelihatannya jijik benar dimata dia,
Aku ini beraku-aku menunggu engkau berkita-kita sama-sama.


Rasa ini memang benar ada tarikh luput bukan?
Ianya bisa basi dalam jalanan masa,
Meninggal kita yang mengharapkan ia segar selamanya,
Ku fikir rasa ini selamanya,
Tapi ku lupa tarikh luputnya sudah sampai ke garisan,
Aku alpa pada hakikat selamanya hanya kata yang disyair manis pujangga pemuisi,
Yang mana benarnya ; ada apa dengan selamanya?


Manis kata.


Aku lepas kau pergi.

Monday, January 24, 2011

Vokubalari Gemarmu, Ego

Kau dan puisi-puisi kisahan aku sebagai si ego,
Kau dan kata pujangga karut marut,
Kau dan gembira kau membalik khilaf diri,
Kau dan dunia diri engkau.


Kalau digebangkan aku ini ego,
Kamu itu bagaimana?


Kalau dikata aku ini umat bergula manis kosong,
Kamu itu bagaimana?


Kalau disalah kan aku silapnya besar dalam hidup engkau,
Kamu itu bagaimana?


Cermin murah kini mudah didapati di mana-mana sahaja,
Tolong dapatkan segara dan mari cerminkan muka kita dihadapan masingnya,
Mari kita lihat mana muka yang jelas merahnya,
Mana hidung yang makinnya panjang kedepan.


Jangan aku saja yang itu ini itu ini,
Dan engkau pula yang ini ini ini ini indah,
Apa salah aku kiranya benci engkau pada aku membuak-buak,
Berapi-api memercik-mercik merah nyalanya?


Kau penakut,
Kau hidup dalam bulatan takutmu pada bayang-bayang kau sendiri,
Aku tak betah lagi dengan paranoia yang kau salutkan pada dirimu,
Yang menjadi mangsa itu aku,
Ya, aku yang dulu kau agungkan itu.


Kau pergi dengan cara paling murah si manusia boleh lakukan,
Kini boleh beranikan diri ceritakan perihalkan pada aku mengapa dilakukan begitu?


Tengok?
Kau takut, kau takut,
Kau raja kata-kata dalam puisi saja,
Kosong saja.


Hentikan,
Bincangkan,
Diamkan.

Saturday, January 22, 2011

1234 Meter

Pengumuman pengumuman,
Perlumbaan larian 1234 meter hari ini,
Berakhir dengan kau memecut memulanya ke garisan.


Kau memilih untuk mengakhirnya sendiri,
Kau pilih untuk berambus pergi,
Kau pilih untuk mati dari aku,
Kau padu untuk mengakhir yang bermula.


Kau kejut aku dari nyenyak lelapan mata,
Kau kejut aku dari matahari yang ku sangka kuning ke bila-bila,
Kau kejut aku dari berasa selesa dengan dunia.


Kau menjamah kau meludah,
Kau memutus yang terikat,
Kau memisah yang terjalin.


Hilang sudah rasa kau sampahkan,
Aku kertas remuk menunggu dibakar api,
Biar remukan tinggal jadi abu.


Biar angin meng-abu aku ke selatan sana,
Berlari-lari jauh di udara 7 tinggi,
Bilanya penat berlari aku akan terdampar di tepian sungai,
Pokoknya aku mahu larut dalam sungainya air,
Aku tak mahu terbang lagi dengan merah darah,
Meratap pujangga yang aku pernah agung ku tinggikan,
Aku mahu larut saja dalam buih-buih ini,
Aku mahu larut,
Larut.


Sebelumnya perlumbaan larian kita,
Ingatkah lagi,
Kita bermula dengan kita berdua ke akhir garisan seiring sehati.


Tapi nampak gayanya kali ini aku sendiri melewati titik garisan akhir,
Di 1234 meter larian lagenda kisah kita,
Kali ini,
Sendiri.

Sunday, December 19, 2010

Bila Ego

Bukannya sekali,
Bukannya dua kali,
Barangkali sudah berkali-kali.


Kau pergi dan datang kembali,
Kau datang dan pergi lagi,
Kau pergi dan pergi,
Kau datang dan datang lagi.


Amboi senangnya jadi kamu.


Bagai filem yang diputar dan dipercepat,
Engkau ligat,
Gaya corak langkah engkau serupa tak berubah pada setiap edisi cinta,
Kau mnghanyutkan harapan dan tiba-tiba kau diam begitu sahaja,
Dan terus terus terus hilang lenyap gelap hitam terus,
Meninggalkan pasiran pertanyaan mengapa oh mengapa.


Kau kata kau takut untuk memulakan,
Tapi kau tak pernah mahu meroboh tembok yang memagari engkau,
Engkau berbangga di dalam legasi ketakutkan engkau itu,
Kalau menjadi penakut itu yang kau banggakan,
Kucupilah ketakutan yang kau banggakan,
Pingatlah ia meliliti tubuhmu.


Bilanya aku ada cara aku sendiri,
Bilang engkau aku ini ego,
Bila aku ada buah fikiran aku sendiri,
Bilang engkau aku ini ego.


Yang aku ditinggalkan terpinga-pinga seperti ini tanpa kata putus dari kamu,
Bukankah itu lebih ego dari segalanya?


Cuma.
Cuma bukankah indah bila kau menjadi seperti sewaktu kau mula menyulam kasih dahulu?
Kau hadir dengan tertib seorang yang mencinta dan memahukan aku,
Dan putuskanlah hubungan ini dengan tertib sama seperti waktu menagih cinta,
Sanggupnya kau putuskan simpulan ini bagaikan kau bercinta bersama binatang,
Yang kau gantungkan tak bertali,
Dan kau soroti hidup kau dengan bahagia tanpa memikir apa yang terjadi pada aku.



Mana adilnya?
Akukah yang masih di takuk si ego?
Atau ego itu beransur menyelimuti kamu?


Dayus.

Monday, December 6, 2010

Awal Muharam

Awal Muharam,
Barunya tahun kita para muslim-muslim bumi.


Barukan diri dengan yang suci,
Bersihkan nyah terusnya yang kudus keji,
Biar tahun barunya ini yang terindah,
Dengan barunya jalur diri kita.


Minta diampun lambakan dosa-dosa terkumpul yang lepas,
Minta dijauh-jauhkan apakah kiranya bakal jadi dosa besar di masa depan,
Minta dirapat-rapatkan dengan manusia-manusia yang ada kuatnya jati dunia akhirat,
Minta diberi hujannya nur yang kita idam-idamkan untuk hidup,
Minta dipanjangnya umur biar merasa muharam yang depan.


Kita manusia,
Memintanya dari Tuhan harus terus-menerus,
Jangan biar ada titik,
Titik tandanya iman sudah lompong, kosong.


Kita sujud,
Doakan ayat-ayat penutup dan pembuka tahunnya,
Minta segalanya baik-baik,
Berharap itu harus,
Harapan.

Saturday, November 13, 2010

Puas Kenapa

Syukur tak pernah meniti di bibir,

Mengomel berbuih-buih menhiasi bibir merah,

Merasa dunia ini serba serbi tiada kenanya dengan dia,

Mengisi kepuasan yang sentiasa lompong dek akalnya.



Takkan ketemu kau kepuasan,

Jika mengukur takat diri dengan badan yang tak seiring,

Jika layaknya bintang tetapi selalunya mahukan bulan tinggi,

Jika disamakan diri dengan manusia yang berlebihan segala,

Jika sering menimbang dalam perbandingan diri dan yang 'tuah',

Jika biarkan diri hanyut dalam kemahuan yang tiada pasang surut.



Jangan ditanya kenapa dia ada segala dan kau adanya habuk kelabu,

Jangan ditanya kenapa dia mampu dan kau tidak bisa,

Jangan ditanya kenapa Tuhan kejam buatnya kau bagai anak tiri,

Jangan ditanya kenapa kenapa dan kenapa..



Kerana yang kenapanya adalah engkau,

Engkau itu yang kenapanya,

Kenapanya adalah engkau,

Bukan itu ini sana situ yang kenapanya,

Bukannya alam ini yang kenapanya terhadap kau,

Engkau itu kenapa, si manusia?



Kau bodoh sebenarnya,

Yang diadanya diri tak pernah disyukur,

Yang tiadanya selalu dilompat-lompat girang mahunya.

Sampai bila?



Yang adanya itu harusnya dijulang-julang syukur,

Yang tiadanya itu diusaha-usaha,

Bukannya terus hanyut dalam jelaganya persoalan kenapa.



Takkan ada puasnya.

Saturday, November 6, 2010

Pagi Petang Malam Aku

Selamat pagi, berharap,
Selamat petang, si kuat,
Selamat malam, sang pasrah.


Bila semua meludah memercik dan aku saja yang menggapainya tangan kamu,
Seharusnya aku lah bintang yang harus kamu pilih pagi ini.


Bila semua mencerca caci menghembus buih buih benci dan aku saja yang berkata bunga-bungaan kepada kamu,
Seharusnya aku lah bulan yang harus kamu pilih di petang ini.


Bila semua menabur janji membabi buta "aku cinta kau sampai mati" dan aku saja yang masih meng-askar teguhkan diri disini,
Seharusnya aku lah si hebat yang harus kamu pilih malam ni.


Tapi aku tidak di mata engkau,
Aku tak pernah ya di mata engkau.


Bila masanya lampu jalan mau memancar terang ke aku,
Suluh terus ke aku,
Biar kamu nampak..


Aku si bodoh yang terpacak menunggu kamu dari dulu,
Menunggu aku menjadi pagi petang malam kamu,
Menjadi selamanya kamu,
Ya, itu aku.

Friday, November 5, 2010

Kufur

Ku berlegar-legar di kaki lima,
Di jalan yang dulunya pernah aku singgah disini.


Merenung satu arus jauh masanya depan,
Membingung ku perilaku umat Tuhan masa kini,,
Yang mana hatinya makin gelap hitam kusam,
Budinya makin terkikis makinnya hilang besar kasih,
Kejahilan yang membunuh punah segala putih yang dulu kau bilang suci,
Kebinatangan yang membiak membaja bugar menggegar fana,
Memupuknya dunia manusia tanpa hati rasa yang baik-baik,
Kejam bukan kejutan yang harus dihebah hebohkan lagi,
Bila kejam-kejaman itu satu yang amatnya normal,
Bila sogokan syaitan kau makan dalam-dalam,
Kau ratah tanpa ada timbangnya yang Esa,
Ini dunia syaitan semua.


Banggakan,
Ceritakan pada setiap segi,
Jahil ini satu kebanggaan, bukan?


Darah merah mengalir kau bersorak,
Nyawa melayang satu persatu kau berdekah,
Situ sana sini rogol situ sana sini kau bertepuk tangan,
Bom meletup mematikan anak dalam perut ibu mengandung kau anggap satu kejayaaan,
Yang bila masanya kau lupa,
Gembiranya kau itu,
Kau junjung,
Kau julang,
Bersama sang syaitan.


Dunia kini berteman akrab sama itu syaitan,
Yang baik-baik itu tiada guna,
Bila syaitan membenarkan nafsu,
Menawan segala,
Menawan kita yang mudah tertawan.


Menewaskan kita,
Mencipta barisan-barisan dosa.


Kufur.

Wednesday, October 27, 2010

Mampus Matikan

Ku tenung kiri ku rebah,
Ku tenung kanan ku koma,
Ku tenung belakang ku nazak,
Ku tenung depan ku mati.


Aku tanya pada diri,
Kenapa sepi ikat aku ketat-ketat,
Hingga ada kadangnya lemas tak betah bernafas,
Meracau-racau meminta lepas,
Tapi tak pernah didengar,
Dibenci sama suka,
Dirapat dengan sendiri yang amat,
Mahu saja ku terbang ke awana minta digapai,
Moga-moga ada kiranya yang sudi menggapai si hina ini.


Minta kali ini saja diberi cebis-cebis rasa itu,
Mau juga berjinak merasa,
Memberi aku sudah,
Menerima aku belum,
Kapan bilakah sampainya gilir aku?


Melihat sajakah takat aku?
Mengidam sajakah takat aku?
Mengimpi sajakah takat aku?


Kalau itu takatnya kufu nya aku,
Benah sahnya aku ini encik rebah ranap,
Mengalir dalam bah alur si sepi,
Menjadi manusia lama disini,
Sudah berbiasa disini,
Tak mengapa kawan-kawan,
Lampiran simpati muka-muka derita itu tak perlu di acu kepada aku,
Biarkan saja,
Sumpah tolong biarkan saja.


Mampus hentikan saja rasa,
Matikan henjutan panji-panji jiwa.


Biar aku lemas surut dalam banjir bah jiwa yang sentiasa ada geloranya,
Biarkan saja,
Biarkan aku,
Titik.

Friday, October 15, 2010

Selagi Ada Seadanya

Aku masih berpacak teguh disini,

Menuntut janji propaganda kau layangkan ke aku,

Entah mengapa oh kau buat aku tertanya-tanya,

Kenapa aku masih berpijak pada tanah orang-orang setia?



Tanah ini pedih,

Tanah ini keras,

Tanah ini padu.


Kalau jiwa tak kental hati tak kuat,

Tak lama kita di tanah ini,

Patutlah ku mampu kira dengan jari berapa

anak manusia yang masih berada di tanah ini.



Mungkin kau tak rasa yang cara kau bagai memberi,

Mungkin aku yang merasa cara kau bagai memberi,

Mungkin kau mentafsirkan ia seumpama rasa biasa,

Mungkin aku mentafsirkan ia seumpama rasa luar biasa.



Aku sahaja aku sahaja aku sahaja,

Yang berlegar-legar di kaki lima rasa ini.



Haruskah ku melangkah pergi,

Atau harus tegak berdiri seperti biasanya..

Menanti lagi?



Aku bukan Imran Ajmain yang teguh menunggu seribu tahun,

Aku bukan Imran Ajmain yang rela mengejar seribu batu.

Langkah kaki aku tak sekuat seribu batu,

Jiwa aku tak sekuat seribu tahun,

Aku ini rapuh teramat.



Tapi selagi aku mampu memberi rasa dan merasa rasa ini,

Biarnya hanya dipandang tepukan aku berbunyinya sebelah saja tepuknya,

Langkah aku akan kekal disini,

Mungkin bukan seribu tahun,

Tapi selagi ada seadanya rasa itu.



Aku pilih untuk kekal,

Aku sedia untuk setia.