Sunday, December 19, 2010

Bila Ego

Bukannya sekali,
Bukannya dua kali,
Barangkali sudah berkali-kali.


Kau pergi dan datang kembali,
Kau datang dan pergi lagi,
Kau pergi dan pergi,
Kau datang dan datang lagi.


Amboi senangnya jadi kamu.


Bagai filem yang diputar dan dipercepat,
Engkau ligat,
Gaya corak langkah engkau serupa tak berubah pada setiap edisi cinta,
Kau mnghanyutkan harapan dan tiba-tiba kau diam begitu sahaja,
Dan terus terus terus hilang lenyap gelap hitam terus,
Meninggalkan pasiran pertanyaan mengapa oh mengapa.


Kau kata kau takut untuk memulakan,
Tapi kau tak pernah mahu meroboh tembok yang memagari engkau,
Engkau berbangga di dalam legasi ketakutkan engkau itu,
Kalau menjadi penakut itu yang kau banggakan,
Kucupilah ketakutan yang kau banggakan,
Pingatlah ia meliliti tubuhmu.


Bilanya aku ada cara aku sendiri,
Bilang engkau aku ini ego,
Bila aku ada buah fikiran aku sendiri,
Bilang engkau aku ini ego.


Yang aku ditinggalkan terpinga-pinga seperti ini tanpa kata putus dari kamu,
Bukankah itu lebih ego dari segalanya?


Cuma.
Cuma bukankah indah bila kau menjadi seperti sewaktu kau mula menyulam kasih dahulu?
Kau hadir dengan tertib seorang yang mencinta dan memahukan aku,
Dan putuskanlah hubungan ini dengan tertib sama seperti waktu menagih cinta,
Sanggupnya kau putuskan simpulan ini bagaikan kau bercinta bersama binatang,
Yang kau gantungkan tak bertali,
Dan kau soroti hidup kau dengan bahagia tanpa memikir apa yang terjadi pada aku.



Mana adilnya?
Akukah yang masih di takuk si ego?
Atau ego itu beransur menyelimuti kamu?


Dayus.

3 comments:

AMIR SHAFIQ ADHAM said...

wow! feel it! ;)

fatin fakhira said...

kamu dah sentuh hati saya :')

haridan said...

2 thumbs up!!very good.i was blogwalking n i read this.
ade bakat seni! :) keep it up!