Saturday, January 22, 2011

1234 Meter

Pengumuman pengumuman,
Perlumbaan larian 1234 meter hari ini,
Berakhir dengan kau memecut memulanya ke garisan.


Kau memilih untuk mengakhirnya sendiri,
Kau pilih untuk berambus pergi,
Kau pilih untuk mati dari aku,
Kau padu untuk mengakhir yang bermula.


Kau kejut aku dari nyenyak lelapan mata,
Kau kejut aku dari matahari yang ku sangka kuning ke bila-bila,
Kau kejut aku dari berasa selesa dengan dunia.


Kau menjamah kau meludah,
Kau memutus yang terikat,
Kau memisah yang terjalin.


Hilang sudah rasa kau sampahkan,
Aku kertas remuk menunggu dibakar api,
Biar remukan tinggal jadi abu.


Biar angin meng-abu aku ke selatan sana,
Berlari-lari jauh di udara 7 tinggi,
Bilanya penat berlari aku akan terdampar di tepian sungai,
Pokoknya aku mahu larut dalam sungainya air,
Aku tak mahu terbang lagi dengan merah darah,
Meratap pujangga yang aku pernah agung ku tinggikan,
Aku mahu larut saja dalam buih-buih ini,
Aku mahu larut,
Larut.


Sebelumnya perlumbaan larian kita,
Ingatkah lagi,
Kita bermula dengan kita berdua ke akhir garisan seiring sehati.


Tapi nampak gayanya kali ini aku sendiri melewati titik garisan akhir,
Di 1234 meter larian lagenda kisah kita,
Kali ini,
Sendiri.

0 comments: