Friday, January 28, 2011

Tarikh Luput

Akan adakah lagi yang pernah itu,
Akan adakah lagi yang terlewatkan itu.


Aku si nostalgia bermaharajalela kamu,
Veteren usang di hati kamu,
Kupasan kisahan silam kamu,
Aku si lama kamu.


Kalau boleh pada titik saat ini,
Nama aku kau tak mahu ingat lagi,
Senyum aku tak mahu kau pegang lagi,
Mata aku tak mahu kau kelip lagi,
Helaian rambut ini tak mahu kau belai lagi,
Jejari ini tak mahu kau sentuh lagi.


Kau tak mahu aku lagi,
Aku tiada erti.


Aku ini dah tak mampu memberi apa yang dulu ku mampu,
Aku bukan lagi manusia saat naik saat turun,
Aku sudah sampai tarikh akhir penggunaannya,
Aku ini sudah luput dari penggunaan kamu,
Aku sudah sampai takat mana muka ini kelihatannya jijik benar dimata dia,
Aku ini beraku-aku menunggu engkau berkita-kita sama-sama.


Rasa ini memang benar ada tarikh luput bukan?
Ianya bisa basi dalam jalanan masa,
Meninggal kita yang mengharapkan ia segar selamanya,
Ku fikir rasa ini selamanya,
Tapi ku lupa tarikh luputnya sudah sampai ke garisan,
Aku alpa pada hakikat selamanya hanya kata yang disyair manis pujangga pemuisi,
Yang mana benarnya ; ada apa dengan selamanya?


Manis kata.


Aku lepas kau pergi.

0 comments: