Dia mencari sang kekasih,
Dia dalam usaha mencari cinta,
Katanya dia sudah sepi amat, amat!
Aku kasihan.
Kini..
Dia sudah ada kekasih,
Dia dalam usaha untuk putus,
Katanya dia malas melayan, rimas!
Aku terdiam.
Sekarang..
Dia sudah putus sama kekasih,
Dia berusaha memenangi hati kekasihnya semula,
Katanya dia rindu untuk dikasih, dikisahkan, rindu!
Aku bingung.
Dunia oh dunia,
Di depan mata di sia-sia,
Di jauhan mata di minta-minta.
Apa kes?
1 comment:
http://jiwekacawjemma.blogspot.com
agak2 ok x puisi ni?
kita tak pernah lari dari mengeji dan dikeji...mengumpat dan diumpat..
walau secantik mana pun kita..
walau sehodoh mana pun kita..
walau setinggi mana kita mendaki..
walau serendah mana kita turuni..
walau secerdik mana pun kita..
walau sebodoh mana pun kita..
walau sejahil mana pun kita..
walau sesuci mana pun kita..
kerana kita adalah hamba yang lemah..
kerana kita adalah hamba yang penuh dengan nafsu..
penuh dengan ego..
penuh dengan tamak..
kerana kita tak pernah lari dari mengeji dan dikeji..mengumpat dan diumpat...
Post a Comment